Ringkasan Teori Charles Darwin
tentang Asal Usul Manusia
Menurut teori yang terdapat pada buku karangan Charles
Darwin yang berjudul The
Descent of Man, terbitan tahun 1871 Pernyataan Darwin
mendukung bahwa manusia modern berevolusi dari sejenis makhluk yang mirip kera.
Selama proses evolusi tanpa bukti ini, yang diduga telah dimulai dari 5 atau 6
juta tahun yang lalu, dinyatakan bahwa terdapat beberapa bentuk peralihan
antara manusia moderen dan nenek moyangnya. Menurut skenario yang sungguh
dibuat-buat ini, ditetapkanlah empat kelompok dasar sebagai berikut:
1.
Australophithecines : proses terjadinya manusia
2.
Homo habilis
3.
Homo erectus
4.
Homo sapiens
Genus yang dianggap sebagai nenek moyang manusia yang
mirip kera tersebut oleh evolusionis digolongkan sebagai Australopithecus, yang
berarti "kera dari selatan".Australophitecus, yang tidak
lain adalah jenis kera purba yang telah punah, ditemukan dalam berbagai bentuk.
Beberapa dari mereka lebih besar dan kuat dan tegap, sementara yang lain lebih
kecil dan rapuh dan lemah. Dengan menjabarkan hubungan dalam rantai
tersebut sebagai "Australopithecus > Homo Habilis > Homo
erectus > Homo sapiens," evolusionis secara tidak
langsung menyatakan bahwa setiap jenis ini adalah nenek moyang jenis
selanjutnya.
Teori
yang paling popular diperkatakan berhubung kejadian manusia adalah teori
evolusi Charles Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari
England yang bernama Charles Robert Darwin (1809-1882 Masihi). Beliau
menegaskan, kesemua makhluk hidup, sama ada manusia ataupun haiwan, berasal
daripada keturunan yang sama (common ancestor). Keturunan yang awal ini
kemudiannya berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri
dengan keadaan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Hasil daripada perubahan
- perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang
kompleks yang bernama manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya di dalam bukunya
yang bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun
1859.
Sekiranya
teori ini benar, kita pasti bertemu dengan banyak makhluk yang berbentuk
separuh binatang separuh manusia, separuh binatang laut dan separuh binatang
darat serta separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi
menuntut kewujudan makhluk - makhluk ini sebagai bukti berkenaan kebenarannya.
Namun hingga ke hari ini makhluk seumpama itu tidak ditemui sehingga ke suatu
masa Darwin sendiri meragui teorinya.
Di
dalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species beliau berkata:
"Jika
makhluk - makhluk berubah dari satu spesies ke spesies yang lain, mengapa tidak
ditemui spesies yang pertengahan itu (transitional forms)? Mengapa kehidupan
wujud dalam keadaan teratur dan tidak kelam - kabut? Mengapa makhluk penghubung
antara satu spesies dengan spesies yang lain tidak wujud? Perkara inilah yang
memeningkan kepalaku selama ini!"
Kenyataan
ini dilaporkan dalam The Origin of Species by Means of Natural Selection or the
Preservation of Favoured Species in the Struggle for Life (Charles Darwin;
Senate Press, London, 1995)
Bagi
membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini, penipuan demi penipuan dilakukan
oleh ahli - ahli sains tertentu. Sebagai contoh pada tahun 1912 diisytiharkan
penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar sebagai Piltdown
Man. Tulang - tulang ini ditemui di Piltdown, England, oleh seorang ahli sains
yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan makhluk daripada spesies pertengahan
antara binatang dengan manusia. Selepas beberapa ujian dilakukan akhirnya pada
tahun 1953 didedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekor orang
hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya adalah tempurung otak
manusia yang sebenar. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Smith
Woodward's Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April
1979.
Secara
dasarnya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan. Kuasa penentu dalam proses
evolusi ini adalah natural selection atau 'kuasa semula jadi'. Justeru pengasas
teori komunisme, Karl Marx mengagumi Charles Darwin sehinggakan di dalam
bukunya Das Kapital beliau menganggap dirinya pengikut setia Charles Darwin.
Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya di dalam bukunya yang bertajuk Evolution
Deceit (Ta-Ha Publishers Ltd.; UK, 1999)